Semikonduktor dan Pembuatan Termaju

Melabur dalam Sektor Teknologi Termaju

NRL Capital (NRL) menguruskan sebuah dana khusus untuk Malaysia yang memberi tumpuan kepada pembangunan syarikat berdaya saing di peringkat global dalam sektor pembuatan dan teknologi termaju. Melalui pendekatan pelaburannya, NRL berusaha menyokong syarikat yang berpotensi berkembang secara komersial, di samping membangunkan operasi, keupayaan dan aktiviti penciptaan nilai yang bermakna di Malaysia.

Komitmen Khazanah terhadap NRL Capital Fund I (Malaysia) pada tahun 2025 mencerminkan peranan Dana Impak yang lebih luas dalam menggerakkan modal melalui pengurus dana khusus bagi memperkukuh ekosistem strategik di Malaysia. Sejak itu, NRL giat melabur dalam sektor pembuatan dan teknologi termaju di Malaysia, dengan memberi tumpuan kepada syarikat yang berpotensi memperluas operasi tempatan, membangunkan keupayaan teknikal serta menyumbang kepada daya saing industri negara.

Untuk maklumat lanjut, layari :
www.nrl-capital.com