Modal Teroka dan Syarikat Pemula

Antler menyokong penubuhan usaha niaga baharu di Malaysia dengan memperluas akses usahawan berpotensi tinggi kepada modal peringkat awal, jaringan pengasas dan sokongan untuk membangunkan syarikat.
Bagi menyokong fasa pertumbuhan ekonomi Malaysia yang seterusnya, negara memerlukan lebih banyak syarikat pemula yang diterajui pengasas dan berkeupayaan menghasilkan produk baharu, menyelesaikan cabaran industri serta bersaing di peringkat serantau. Bagi kebanyakan individu yang ingin menjadi usahawan, cabaran utama yang mereka hadapi bukanlah kekurangan cita-cita, tetapi keterbatasan akses. Akses yang terhad kepada modal peringkat awal, kesukaran mencari rakan pengasas yang mempunyai kepakaran teknikal yang sesuai serta kekurangan jaringan profesional menyukarkan profesional berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing untuk merealisasikan idea mereka dalam bentuk usaha niaga yang berdaya maju. Di sinilah rakan kongsi modal teroka seperti Antler memainkan peranan sebagai pemangkin, bukan sahaja dengan menyediakan modal selepas syarikat ditubuhkan, tetapi juga dengan memperkukuh barisan pengasas yang menjadi asas kepada kemunculan usaha niaga baharu di Malaysia.
Metrik Impak Utama
0
syarikat Malaysia menerima sokongan
0
bakat mahir Malaysia menerima sokongan
0
bakat Malaysia menerima sokongan

Untuk maklumat lanjut, layari:
www.antler.co