Syarikat Peringkat Pertengahan

Merealisasikan Potensi MTC

Creador ialah sebuah firma ekuiti swasta yang bekerjasama dengan syarikat peringkat pertengahan (MTC) di Malaysia untuk merealisasikan potensi mereka melalui inisiatif penciptaan nilai bersasar.

Pendekatan ini membantu syarikat portfolio berkembang pada skala lebih besar dan memperkukuh daya saing mereka dalam pasaran masing-masing. Selain menyediakan modal pertumbuhan, Creador bekerjasama rapat dengan pasukan pengurusan untuk meningkatkan kecemerlangan operasi, menginstitusikan tadbir urus, membina pasukan pengurusan yang lebih kukuh serta mempertingkat keupayaan organisasi. Secara keseluruhan, inisiatif ini membantu membina perniagaan yang lebih kukuh dan meningkatkan prospek pertumbuhan jangka panjang.

Komitmen Khazanah terhadap dana Creador pada tahun 2025 bertujuan memperluas akses kepada modal pertumbuhan bagi MTC yang berpotensi tinggi di Malaysia. Pelaburan Khazanah bersama Creador dalam Asia Pacific University (APU) menunjukkan bagaimana ekuiti swasta dapat menjana impak di samping pulangan kewangan, sambil memastikan hasil yang relevan dengan keperluan industri selaras dengan keperluan tenaga kerja Malaysia yang sentiasa berubah.

Untuk maklumat lanjut, layari:
www.creador.com