Mentransformasikan Syarikat Malaysia

Memperluas Akses kepada Perlindungan

PolicyStreet menunjukkan bagaimana sebuah syarikat insurtech tempatan dapat membantu merapatkan jurang perlindungan di Malaysia dengan menyediakan insurans yang mengambil kira realiti kehidupan pekerja, perniagaan dan pengguna digital. Melalui pelaburan Khazanah di bawah Dana Impak, PolicyStreet telah memperkukuh keupayaan pengunderaitan, infrastruktur digital dan kerjasamanya bagi memperluas akses kepada perlindungan yang mudah diakses dan disepadukan dalam aktiviti ekonomi harian rakyat Malaysia.

Seperti ramai rakyat Malaysia yang bekerja dalam ekonomi gig, “Amri” memulakan kebanyakan harinya di jalan raya. Pekerjaan sebagai penghantar makanan bersama foodpanda merupakan sumber pendapatan utamanya, sama seperti 74% penghantar p-hailing lain di Malaysia¹. Setiap penghantaran yang diselesaikan bukan sekadar bermakna makanan telah sampai kepada pelanggan, tetapi juga pendapatan yang diperoleh untuk hari tersebut. Namun, pekerjaan ini juga tidak terlepas daripada risiko. Waktu kerja yang panjang di jalan raya menyebabkan mereka sentiasa terdedah kepada risiko kemalangan dan keadaan jalan raya yang tidak menentu.

Impak Setakat Ini

(setakat awal 2026)

0

pelanggan

0

jumlah keseluruhan perlindungan diinsuranskan

0

keuntungan selepas cukai (PAT)³

0

Pertumbuhan hasil bersih berbanding tahun sebelumnya

0

pekerja gig yang diinsuranskan

0

PMKS dan rakan kongsi yang dicapai secara langsung dan tidak langsung

Untuk maklumat lanjut, layari:
www.policystreet.com