Membangunkan Bakal Jaguh Malaysia

Menerusi Dana Impak, Khazanah telah melabur dalam Asia Pacific University (APU) bersama TPG menerusi The Rise Fund pada 2023 dan meneruskan pelaburannya bersama Creador pada 2025. Pelaburan ini menyokong fasa pertumbuhan seterusnya bagi APU, sebuah universiti tempatan yang menyediakan pendidikan berteraskan keperluan industri dan pembelajaran praktikal bagi melahirkan bakat untuk kerjaya berasaskan teknologi.
APU ditubuhkan bagi menangani kekurangan tenaga mahir dalam bidang teknologi yang memenuhi keperluan industri di Malaysia. Model pendidikannya memberi tumpuan kepada kebolehpasaran graduan, kemampuan membiayai pendidikan serta kerjasama erat dengan industri. Kira-kira separuh daripada pelajarnya berasal dari luar Malaysia. Justeru, APU bukan sahaja melahirkan bakat yang memenuhi keperluan industri untuk majikan di Malaysia, malah turut menjadi institusi pendidikan tempatan yang menarik pelajar dari rantau ini. Graduan APU kini bekerja di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Keupayaan APU menyesuaikan pendekatan pendidikannya dengan perubahan keperluan industri menjadikannya satu contoh bagaimana institusi pendidikan dapat membangunkan bakat untuk ekonomi berasaskan pengetahuan.
Impak Setakat Ini
(setakat awal 2026)
0
pelajar
0
pelajar antarabangsa dari 130+ negara
Kedudukan Global
QS World 2027
0
(2% Teratas di Dunia)
QS Asia 2026
0
Kedudukan Universiti Swasta AppliedHE 2026
0
di ASEAN
Alumni
0
graduan
Pencapaian
0
Universiti pertama di Malaysia yang memperoleh penarafan keseluruhan QS 5-Stars Plus pada 2021 (satu daripada hanya 24 universiti di dunia)

Untuk maklumat lanjut, layari:
www.apu.edu.my