Syarikat Peringkat Pertengahan

Mengembangkan MTC melalui Pendekatan Penciptaan Nilai dengan Jaringan Jepun
Advantage Partners (AP) ialah pengurus pelaburan alternatif di Asia yang memberi tumpuan utama kepada sektor perindustrian, pembuatan termaju dan perniagaan ke perniagaan (B2B).
Keunikan utama Advantage Partners terletak pada pendekatan pengurusan secara langsung, yang dilengkapi dengan pendekatan penciptaan nilai melalui jaringan Jepun. Pendekatan ini memanfaatkan jaringan luas Advantage Partners dengan konglomerat Jepun dan rakan kongsi strategik untuk memperkukuh operasi tempatan serta memperluas akses kepada pasaran serantau.
Komitmen Khazanah terhadap Advantage Partners Asia Fund II pada tahun 2025 bertujuan membawa kepakaran sektor dan keupayaan operasi Advantage Partners, serta jaringannya dengan syarikat dan rakan kongsi strategik Jepun, bagi menyokong pertumbuhan syarikat peringkat pertengahan di Malaysia. Melalui kerjasama ini, syarikat Malaysia berpeluang mendapat akses kepada hubungan strategik, kepakaran operasi dan peluang pasaran serantau yang dapat menyokong pertumbuhan, pembangunan keupayaan serta pembentukan asas institusi yang lebih kukuh.

Untuk maklumat lanjut, layari:
www.advantagepartners.com