Semikonduktor dan Pembuatan Termaju

Meningkatkan Kedudukan Malaysia dalam Rantaian Nilai Semikonduktor melalui Pemindahan dan Pembangunan Teknologi Tempatan

Chengwei Capital menguruskan CW Crescent Tech Fund yang mempunyai mandat khusus untuk memperkukuh ekosistem semikonduktor Malaysia.

Dana ini berusaha meningkatkan kedudukan Malaysia dalam segmen bernilai lebih tinggi dalam rantaian nilai semikonduktor dengan membawa teknologi yang telah terbukti ke Malaysia, memindahkan keupayaan teknikal dan operasi serta membangunkan bakat mahir tempatan. Susulan komitmen Khazanah sebagai pelabur utama dan penubuhan dana tersebut pada Mac 2025, Chengwei telah membina kehadiran secara langsung di Malaysia melalui entiti pengurusannya, Chengwei Maytech Sdn Bhd. Pasukan ini kini sedang giat mengenal pasti dan membangunkan peluang pelaburan yang dapat membawa syarikat semikonduktor serantau yang telah bertapak ke Malaysia, termasuk teknologi dan keupayaan yang dimiliki oleh syarikat tersebut. Usaha ini dapat memperkukuh keupayaan industri semikonduktor tempatan serta membolehkan lebih banyak aktiviti bernilai tinggi dilaksanakan di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari:
www.chengwei.com