Memangkin Ekosistem Strategik

Membangunkan Ekonomi Penjagaan Profesional di Malaysia

Dana Impak menggerakkan modal teroka melalui Gobi Dana Impak Ventures (GDIV) bagi menyokong Kiddocare, sebuah platform penjagaan tempatan yang memperluas akses kepada perkhidmatan penjagaan yang dipercayai di Malaysia, di samping membangunkan ekonomi penjagaan yang lebih profesional.

Nadira Yusoff mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pengalaman lebih dua dekad sebagai usahawan. Sepanjang membangunkan beberapa perniagaan berasaskan teknologi, beliau turut membesarkan enam orang anak dan pernah melalui tempoh sebagai ibu tunggal. Pengalaman ini membuatkan beliau memahami sendiri rasa bersalah, kesukaran dan kebimbangan yang dihadapi ibu bapa apabila terpaksa menyerahkan anak-anak kepada jagaan individu yang latar belakangnya sukar disahkan dan belum tentu dapat dipercayai. Pada suatu petang, selepas beliau terlepas waktu mengambil anaknya dari sekolah, anak perempuannya bertanya, “Ibu, ibu dah tak sayang saya lagi ke?” Pertanyaan itu meninggalkan kesan yang mendalam dan akhirnya menjadi antara dorongan utama kepada penubuhan Kiddocare.

Impak Setakat Ini

(setakat awal 2026)

0

Keluarga menerima sokongan

0

Tempahan diselesaikan

0

kanak menerima penjagaan

0

Wanita berdaftar sebagai penyedia penjagaan profesional

0

pendapatan dari Kiddocare (Daripada RM700–RM1,200 sebulan)

Untuk maklumat lanjut, layari:
www.kiddocare.my