Membangunkan Bakal Jaguh Malaysia

Memajukan Reka Bentuk Semikonduktor Front-End di Malaysia

Selama lebih lima dekad, Malaysia telah memainkan peranan penting dalam segmen back-end industri semikonduktor global. Kini, SkyeChip berusaha membawa Malaysia ke bidang baharu dalam reka bentuk litar bersepadu (IC), harta intelek (IP) silikon dan produk silikon yang jelas mencerminkan identiti Malaysia dari segi pemilikan, kejuruteraan dan cita-cita.

Penglibatan Khazanah dalam SkyeChip paling jelas ketika syarikat itu melaksanakan IPO pada Mei 2026, dengan Khazanah menjadi salah satu pelabur asas utama. Namun, sokongan tersebut sebenarnya telah bermula lebih awal. Menerusi Dana Impak, Khazanah telah menyokong SkyeChip sejak peringkat awal melalui pengurus dana modal teroka, termasuk Gobi Dana Impak Ventures Fund (GDIV). Dana ini diuruskan oleh Gobi Partners dengan Khazanah sebagai pelabur tunggal. Ketika itu, SkyeChip masih dalam proses membangunkan teknologi, memperkukuh pasukan kejuruteraan dan membina rekod komersial sebelum berkembang ke tahap yang membolehkannya memperoleh modal daripada pelabur institusi dan seterusnya pasaran awam.

Impak Setakat Ini

(setakat awal 2026)

Hasil

0

bagi TK2026 (Meningkat 29.7% berbanding tahun sebelumnya; kadar pertumbuhan tahunan terkompaun kira-kira 39.5% sejak TK2023)

Keuntungan Bersih

0

RM48.5 juta bagi TK2026; Margin keuntungan bersih kira-kira 31.3%

Paten Difailkan

0

paten di Malaysia, Amerika Syarikat dan China

Pereka IC

0

pereka IC, meningkat daripada kira-kira 30 orang dalam pasukan pengasas pada 2019

Permodalan Pasaran

0

setakat 20 Julai 2026

Untuk maklumat lanjut, layari:
www.skyechip.com