Kenali Kami
Dana Impak
Amalan Pelaburan Pemangkin
Dana Impak merupakan platform pelaburan khusus yang menggabungkan modal pemangkin dengan pembangunan keupayaan, kerjasama dan jaringan bagi memperkukuh syarikat serta membangunkan ekosistem strategik.
Ketika Dana Impak ditubuhkan, mandatnya merangkumi enam bidang tematik yang meliputi pelbagai keutamaan ekonomi dan sosioekonomi Malaysia. Kini, tumpuan Dana Impak telah diperhalusi kepada teras yang lebih khusus, dengan menggembleng modal dan keupayaan untuk memangkin ekosistem strategik negara, mentransformasikan syarikat Malaysia serta membangunkan jaguh tempatan.
Pendekatan ini semakin diterjemahkan melalui pelaksanaan inisiatif berstruktur dan berasaskan program yang merangkumi ekosistem modal teroka dan syarikat pemula, syarikat peringkat pertengahan serta ekosistem semikonduktor dan pembuatan termaju di Malaysia. Usaha ini turut disokong oleh pelaburan dalam bidang seperti keterangkuman kewangan, pembangunan bakat dan peralihan tenaga.
Membina
Masa Depan
Kini, portfolio Dana Impak merangkumi pelbagai komponen penting dalam pembangunan ekonomi, termasuk syarikat teknologi baharu yang mengkomersialkan inovasi tempatan, pengurus dana yang membuka akses kepada modal dan jaringan global, serta syarikat Malaysia yang sedang melalui fasa transformasi seterusnya. Portfolio ini turut merangkumi program pembangunan bakat dan keupayaan serta pelaburan strategik yang bertumpukan teknologi bernilai lebih tinggi.
Jika dilihat secara berasingan, setiap satunya merupakan pelaburan, syarikat atau program. Namun, secara keseluruhan, kesemuanya mencerminkan usaha yang lebih besar untuk membangunkan ekonomi dengan keupayaan yang lebih tinggi, syarikat Malaysia yang lebih kukuh serta pemilikan yang lebih besar terhadap nilai yang dijana oleh negara.
Melalui Dana Impak, Khazanah terus memainkan peranan yang telah dilaksanakannya sepanjang pelbagai fasa pembangunan Malaysia, iaitu membina asas pada hari ini bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.
Perkembangan Setakat Ini
Perkembangan dan pencapaian utama sepanjang tahun
2021
Pelancaran Dana Impak
dengan peruntukan
sebanyak RM6 bilion.
2022
Pembangunan rangka
kerja
penilaian impak
SEMARAK
2023
2024
2025
Tentang Dana Impak
Misi dan Teras Impak Kami
Struktur SEMARAK
Bidang Tumpuan Kami
Ekosistem Modal Teroka dan Syarikat Pemula Malaysia
Syarikat Peringkat Pertengahan
Ekosistem Semikonduktor dan Pembuatan Termaju
Misi dan Teras Impak Kami
Dana Impak bermatlamat untuk menggembleng modal dan bakat bagi memangkin ekosistem strategik negara, mentransformasikan syarikat tempatan serta membangunkan bakal jaguh Malaysia.
Sejajar dengan matlamat ini, semua program Dana Impak menggunakan pendekatan yang berfokus dan berpandukan tiga teras impak utama, yang masing-masing dirangka untuk menghasilkan impak yang bermakna. Melalui pendekatan ini, Dana Impak menterjemahkan aspirasi Khazanah menerusi Strategi Memajukan Malaysia kepada hasil yang memberikan manfaat secara meluas kepada ekonomi dan masyarakat di seluruh negara.
Memangkin Ekosistem Strategik
Membina asas infrastruktur modal dan bakat dalam sektor serta ekosistem strategik utama.
Khazanah menarik penyertaan pelaburan daripada pihak lain dan membangunkan keupayaan tenaga kerja yang menjadi asas kepada daya saing sektor.
Mentransformasikan Syarikat Malaysia
Membantu syarikat meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai dengan memberikan tumpuan kepada prestasi yang lebih berdaya saing, pertumbuhan eksport atau peningkatan hasil.
Khazanah memperkukuh keupayaan, menyediakan peralatan dan memperluas jaringan yang menyokong kecemerlangan operasi, peningkatan produktiviti serta penerapan inovasi. Usaha ini seterusnya memperkukuh sumber modal dan kumpulan bakat yang tersedia.
Membangunkan Bakal Jaguh Malaysia
Memupuk kecemerlangan bagi membolehkan syarikat mencapai prestasi komersial yang lebih unggul dan akhirnya meningkatkan daya saing di peringkat serantau dan global.
Khazanah menggalakkan pembangunan keupayaan yang dapat meningkatkan daya saing di peringkat serantau dan global, sekali gus memperkukuh kumpulan bakat serta menarik aliran modal yang berterusan.
MEMACU PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA
Melalui tumpuan terhadap faktor-faktor utama ini, pelaburan dan aktiviti Dana Impak membantu memperkukuh serta mempelbagaikan sumber modal dan kumpulan bakat yang tersedia untuk industri utama negara. Usaha ini juga mengurangkan halangan yang dihadapi oleh syarikat Malaysia dalam membangunkan keupayaan dalaman dan meningkatkan daya saing mereka. Seterusnya, pendekatan ini mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan peluang pekerjaan dengan nilai tambah yang lebih tinggi serta perkembangan inovasi, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
Struktur Penilaian Metrik Sosioekonomi Khazanah (SEMARAK)
Bagi melaksanakan misi impaknya, Khazanah terlebih dahulu membangunkan SEMARAK, sebuah rangka kerja penilaian impak yang mengadaptasi metodologi yang diiktiraf di peringkat global serta amalan terbaik industri, di samping mengambil kira konteks dan keperluan Malaysia.
Dalam versi terkininya, SEMARAK telah dikemas kini untuk menilai prestasi pelaburan berdasarkan tiga teras impak Dana Impak. Setiap program Dana Impak dihubungkan dengan hala tuju keseluruhan portfolio melalui teori perubahan berasaskan program, yang menterjemahkan ketiga-tiga teras utama ini kepada pendekatan pencapaian impak yang khusus bagi setiap syarikat penerima pelaburan.
Bagi menilai impak pada peringkat portfolio, SEMARAK menggunakan gabungan ukuran kuantitatif dan kualitatif bagi setiap teras yang boleh digabungkan merentasi semua pelaburan. Ini termasuk modal tambahan yang berjaya ditarik, bakat yang menerima sokongan, syarikat yang dibantu atau ditransformasikan serta kesan lain terhadap ekosistem. Selain metrik yang digabungkan ini, setiap program turut mempunyai metrik khusus berdasarkan teori perubahannya.
Pelaksanaan SEMARAK disokong oleh pelbagai instrumen, termasuk kad skor dan templat pengumpulan data yang diseragamkan. Dalam proses saringan SEMARAK, pelaburan dinilai berdasarkan potensi pulangan ekonomi serta jangkaan skala, tempoh dan kepentingan impaknya. Sementara itu, penilaian usaha wajar terhadap impak pelaburan melibatkan pelbagai sumber maklumat dan pengesahan silang bagi memastikan ketelitian dan kebolehpercayaan penilaian. Ukuran impak dan penanda aras yang berkaitan kemudiannya dipersetujui serta dimuktamadkan sebagai sebahagian daripada komitmen pelaburan. Selepas pelaburan dibuat, pencapaian impak dilaporkan secara berkala bersama prestasi kewangan, sekali gus membolehkan impak dipantau pada peringkat transaksi, program dan portfolio.
Secara keseluruhan, prinsip, instrumen dan proses ini memastikan pelaksanaan yang berdisiplin dan konsisten, di samping mengekalkan fleksibiliti untuk mengambil kira keunikan setiap program dan pelaburan. Penambahbaikan serta ujian tekanan yang dijalankan secara berkala turut memastikan rangka kerja SEMARAK kekal kukuh, relevan dan responsif terhadap keperluan semasa.
| Elemen Utama | Penerangan | |
|---|---|---|
| Prinsip | Naratif Impak Peringkat Portfolio | Satu naratif impak keseluruhan portfolio yang berteraskan teras impak utama dan menjadi asas kepada teori perubahan pada peringkat program. |
| Teori Perubahan Peringkat Program | Teori perubahan khusus yang dibangunkan bagi setiap program berdasarkan penerapan naratif impak peringkat portfolio mengikut keperluan masing-masing. | |
| Metrik Peringkat Program | Set petunjuk dan metrik impak yang ditetapkan serta diseragamkan bagi setiap program berdasarkan teori perubahan. | |
| Proses | Saringan Awal | Pelaburan yang berpotensi disaring berdasarkan metrik impak program. |
| Penilaian Usaha Wajar Impak | Pengesahan dan penilaian lanjut terhadap impak dijalankan berdasarkan rubrik pemarkahan. Skor impak kemudiannya diberikan dan dipertimbangkan bersama potensi pulangan komersial. | |
| Pelaksanaan Pelaburan | Metrik impak utama dan komitmen yang berkaitan dipersetujui serta dinyatakan dalam dokumen transaksi. | |
| Pemantauan dan Pelaporan Impak | Selepas pelaburan dibuat, prestasi impak dipantau dan dilaporkan bersama prestasi kewangan. |
Our Focus Areas
Catalysing Malaysia’s Venture and Startup Ecosystem

Modal teroka (venture capital, VC) memainkan peranan penting dalam peralihan Malaysia ke arah pertumbuhan berteraskan inovasi. Walaupun agensi seperti MAVCAP, Cradle Fund dan agensi lain telah membantu melahirkan generasi awal usahawan, cabaran dari segi pembiayaan pada peringkat awal serta keupayaan institusi masih berterusan. Belanjawan MADANI 2024, Pelan Hala Tuju Modal Teroka Malaysia 2024–2030 (MVCR) dan Kertas Tindakan KL20 telah menetapkan aspirasi negara untuk menjadikan Malaysia sebagai hab modal teroka pilihan di rantau ini serta antara 20 ekosistem syarikat pemula terbaik dunia menjelang 2030.
Bagi menyokong usaha memangkin ekosistem modal teroka dan syarikat pemula Malaysia, Khazanah menubuhkan Jelawang Capital pada November 2024 susulan penggabungan MAVCAP dan Penjana Kapital.
Dinamakan sempena air terjun tertinggi di Malaysia, Jelawang Capital merupakan sebuah dana induk nasional dengan peruntukan sehingga RM1 bilion bagi tempoh lima tahun dari 2024 hingga 2028. Melalui penyaluran modal pemangkin menerusi pengurus dana yang dipilih secara teliti, Jelawang Capital memastikan pembiayaan dan sokongan dapat disalurkan kepada syarikat pemula peringkat awal, di samping memperkukuh ekosistem modal teroka dan syarikat pemula secara keseluruhan.
Emerging Fund Managers’ Programme (EMP) oleh Jelawang Capital bertujuan membangunkan keupayaan pelaburan domestik dengan mengenal pasti dan menyokong rakan kongsi am (general partners, GP) Malaysia yang sedang mendapatkan modal bagi dana pertama, kedua atau ketiga mereka. Kumpulan pertama program ini pada tahun 2025 merangkumi lima GP yang melabur dalam syarikat pemula, daripada peringkat prabenih (pre-seed) hingga ke peringkat modal teroka yang lebih lanjut.
Emerging Fund Managers’ Programme (EMP)

Menyokong syarikat pemula pada peringkat paling awal melalui penyediaan modal institusi pertama serta bimbingan secara langsung dalam membangunkan
syarikat

Beroperasi sebagai platform rentas sempadan yang menghubungkan syarikat pemula Malaysia dengan model perniagaan teknologi yang telah terbukti berjaya, sumber modal luar dan rakan kongsi strategik.

Pelabur peringkat awal yang mengkhusus dalam sektor mobiliti dan rantaian bekalan, dengan menyokong syarikat pemula Malaysia melalui perkongsian kepakaran operasi serta akses kepada rakan
kongsi strategik di seluruh
rantau ini.

Dana modal teroka yang berteraskan teknologi kripto dan mengkhusus dalam Web3 serta infrastruktur rantaian blok (blockchain), dengan memberikan sokongan kepada pengasas syarikat yang berpangkalan di Malaysia.

Melabur dalam syarikat teknologi peringkat pembiayaan Siri A dan B di seluruh Asia Tenggara dengan menggabungkan pendekatan pelaburan berasaskan data
serta pengalaman operasi
yang luas di rantau ini.
Sebagai pelengkap kepada EMP, Regional Fund Managers’ Initiative (RMI) membawa masuk pengurus dana serantau yang komited untuk memperkukuh ekosistem modal teroka dan syarikat pemula Malaysia. Pada tahun 2025, dua GP serantau telah dipilih sebagai rakan kongsi.
Regional Fund Managers’ Initiative (RMI)

Pelabur yang melabur dalam syarikat pada pelbagai peringkat pertumbuhan di seluruh Asia, dengan pengalaman operasi melebihi 25 tahun serta rekod prestasi dalam pelaburan syarikat yang berada dalam fasa pertumbuhan. Melalui dana modal terokanya, syarikat pemula Malaysia mendapat akses kepada jaringan pengasas dan pemain industri serta program
yang dirangka khusus untuk
usahawan.

Firma modal teroka peringkat awal dari Taiwan yang menggabungkan program pemecut perniagaan tanpa pengambilan pegangan ekuiti, komuniti pengasas serta dana modal teroka yang memberikan tumpuan kepada kecerdasan buatan (AI), rantaian blok dan ekonomi digital. Pengasas syarikat Malaysia mendapat akses kepada pasaran serantau, bimbingan serta jaringan pelabur dan pengendali
perniagaan di seluruh
Asia.
Pendekatan Jelawang Capital berteraskan mekanisme kawalan yang ketat, termasuk had pelaburan sebanyak 30% bagi setiap dana, syarat pegangan saham minimum 30% oleh individu utama warga Malaysia bagi pengurus dana EMP, proses pemilihan melalui permintaan cadangan (Request for Proposal, RFP) secara terbuka, pelaporan suku tahunan yang diwajibkan serta syarat hubungan dengan Malaysia bagi syarikat penerima pelaburan yang diperbadankan atau menjalankan sebahagian besar operasinya di negara ini. Selain menggunakan modal sendiri, Jelawang Capital turut menarik modal luar melalui usaha memadankan rakan kongsi terhad (limited partners, LP) dengan pengurus dana serta sesi memperkenalkan pengurus dana kepada bakal pelabur. Sebagai Sekretariat MVCR, Jelawang Capital bekerjasama dengan kementerian, badan kawal selia dan agensi lain bagi mewujudkan persekitaran yang menyokong ekosistem modal teroka dan syarikat pemula, termasuk membantu membentuk dasar dalam bidang seperti percukaian dan pelesenan.
Memperkasakan Syarikat Peringkat Pertengahan
Di antara perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan syarikat korporat besar di Malaysia, terdapat satu kelompok syarikat yang sering kurang mendapat sokongan sewajarnya. Syarikat peringkat pertengahan (MTC) merupakan antara pemacu penting ekonomi negara, dengan sumbangan sekitar 36% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta menyediakan pekerjaan kepada 16% daripada keseluruhan tenaga kerja negara. Namun, untuk merealisasikan potensi sepenuhnya, syarikat-syarikat ini perlu mengatasi beberapa cabaran utama, khususnya dalam mendapatkan pembiayaan yang bersesuaian dengan keperluan pada fasa pertumbuhan serta mengembangkan skala operasi secara berkesan.
Melalui Dana Impak, Khazanah memangkin usaha menyokong MTC di Malaysia menerusi pendekatan dua landasan, iaitu pembangunan keupayaan dan penggemblengan modal pertumbuhan melalui penyelesaian kredit swasta dan ekuiti swasta. Inisiatif ini bertujuan membantu MTC yang berpotensi tinggi memperkukuh keupayaan, memperluas akses kepada modal serta merealisasikan pertumbuhan berteraskan inovasi dalam persekitaran ekonomi yang semakin kompetitif dan pesat berubah.
Landasan pertama memberikan tumpuan kepada pembangunan keupayaan melalui inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesediaan syarikat untuk berkembang, menyokong usaha memperbesar skala operasi, meningkatkan kesediaan untuk menarik pelabur serta melonjakkan produktiviti.
Inisiatif Pembangunan Keupayaan

Inisiatif pembangunan keupayaan berstruktur yang membantu MTC meneroka pasaran baharu atau mengembangkan perniagaan ke segmen baharu. Program ini menawarkan kelas induk yang dirangka khusus dengan tumpuan kepada pendekatan berteraskan pelanggan, inovasi dalam perniagaan serta penilaian dan pengesahan pelan pengembangan perniagaan.
27
MTC menerima sokongan melalui 5 kumpulan peserta

Program kepimpinan eksekutif selama empat bulan yang dibangunkan oleh Capital Markets Malaysia bagi mempersiapkan MTC untuk mendapatkan modal pelaburan. Program ini memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuh keupayaan syarikat dalam mengetengahkan nilai ekuiti kepada bakal pelabur serta memantapkan
tadbir urus.
21
MTC menerima sokongan melalui
4 kumpulan peserta
Landasan kedua memberikan tumpuan kepada usaha mendapatkan modal bagi menyokong pertumbuhan MTC melalui strategi pelaburan yang merangkumi pelbagai pendekatan. Khazanah bekerjasama dengan pengurus dana kredit swasta dan ekuiti swasta bagi memenuhi keperluan pembiayaan MTC pada peringkat pertumbuhan yang berbeza. Rakan kongsi yang dipilih mempunyai rekod prestasi dalam menghasilkan nilai secara konsisten merentasi pelbagai kitaran pasaran serta pemahaman yang mendalam tentang pasaran. Bagi pelaburan ekuiti swasta, Khazanah turut memanfaatkan kepakaran pengurus dana berpengalaman yang memiliki jaringan serantau dan keupayaan untuk meningkatkan nilai syarikat.
Ekuiti Swasta

Firma ekuiti swasta tempatan yang beroperasi di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Firma ini memanfaatkan kepakarannya dalam meningkatkan nilai syarikat bagi membantu syarikat dalam fasa pertumbuhan mempercepat pengembangan perniagaan ke pasaran serantau

Firma pelaburan yang berpangkalan di Jepun dan mengurus dana pengambilalihan, dengan rekod prestasi kukuh dalam sektor perindustrian dan pembuatan serta pengalaman khusus dalam penggantian kepimpinan dan peralihan pengurusan antara
generasi
Bagi MTC yang memerlukan pembiayaan tanpa perlu mengurangkan pegangan ekuiti pemilik sedia ada, Khazanah turut bekerjasama dengan platform pemberi pinjaman yang menawarkan kredit swasta berserta sokongan operasi.
Kredit Swasta

Firma pelaburan yang memberikan tumpuan kepada pasaran Asia dengan pengalaman operasi melebihi 25 tahun serta rekod prestasi dalam menyokong syarikat yang sedang berkembang, Ia juga menyediakan pembiayaan kepada MTC pada fasa pertumbuhan yang lebih lanjut menerusi Dana Libra Hybrid Capital.

Menawarkan penyelesaian pembiayaan yang fleksibel dan mampu disesuaikan dengan keperluan syarikat, disokong oleh pasukan khusus yang menyediakan kepakaran tambahan. Firma ini turut bekerjasama secara langsung dengan pasukan pengurusan syarikat bagi meningkatkan prestasi operasi dan memperkukuh tadbir urus.
Memperkukuh Ekosistem Semikonduktor dan Pembuatan Termaju Malaysia
Dalam landskap dunia yang semakin dipengaruhi oleh pelbagai pusat kuasa, Malaysia muncul sebagai lokasi strategik yang penting bagi syarikat global yang mencari pangkalan operasi yang stabil untuk mempelbagaikan rantaian bekalan mereka. Namun, aktiviti industri semikonduktor Malaysia sejak sekian lama lebih tertumpu kepada segmen bernilai rendah, manakala sebahagian besar nilai ekonomi yang terhasil dinikmati di luar negara.
Sehubungan itu, usaha meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai kini menjadi satu keperluan penting dari sudut komersial dan kepentingan negara. Strategi Semikonduktor Nasional menetapkan sasaran pelaburan sebanyak RM500 bilion dalam industri semikonduktor serta pembangunan syarikat cip tempatan yang menjana hasil melebihi USD1 bilion menjelang 2030. Aspirasi ini turut diterapkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, khususnya dalam bidang seperti reka bentuk litar bersepadu dan pembungkusan termaju.
Bagi menyokong peralihan ini, Khazanah menyalurkan modal melalui pengurus dana khusus dan pelaburan langsung strategik dalam bidang reka bentuk semikonduktor, pemasangan, pembungkusan dan pengujian (OSAT), peralatan dan bahan termaju serta bidang pembuatan berketepatan tinggi yang berkaitan.
Dana Impak bekerjasama dengan pengurus dana yang menggabungkan disiplin komersial dengan matlamat pembangunan. Kerjasama ini merangkumi usaha menyokong syarikat Malaysia pada peringkat awal hingga menarik syarikat teknologi yang berdaya saing di peringkat global untuk memperluas kehadiran operasi mereka di Malaysia.

Mengurus dana yang memberikan tumpuan kepada usaha menarik syarikat berdaya saing di peringkat global dalam sektor pembuatan termaju dan teknologi, dengan penekanan terhadap usaha memperkukuh kehadiran syarikat tersebut
di Malaysia

Mengurus dana khusus untuk Malaysia yang memberikan tumpuan kepada pelaburan yang dapat menghubungkan peluang dalam industri semikonduktor dengan Malaysia.
Dana yang memberikan tumpuan kepada pengasas syarikat Malaysia, dengan mandat pelaburan untuk menyokong syarikat pemula peringkat awal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bidang Industri 4.0, robotik, penglihatan mesin dan teknologi pembuatan termaju
yang berkaitan
Pelaburan langsung Khazanah turut dirangka untuk menghasilkan nilai yang berkekalan melalui kerjasama dengan syarikat antarabangsa yang berupaya membangunkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), di samping menyokong peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam negara
Gambaran Keseluruhan Portfolio
Secara keseluruhan, portfolio ini mencerminkan usaha yang lebih besar untuk membangunkan ekonomi dengan keupayaan yang lebih tinggi, syarikat yang lebih kukuh serta pemilikan yang lebih besar terhadap nilai yang dicipta oleh Malaysia. Portfolio ini merangkumi syarikat Malaysia pada pelbagai peringkat perkembangan yang menerima sokongan melalui penyediaan modal, pembangunan keupayaan dan kerjasama strategik.