Mentransformasikan Syarikat Malaysia

Perjalanan Jalen menunjukkan bagaimana sebuah perniagaan keluarga Malaysia yang telah lama bertapak dapat terus berkembang dengan berlandaskan kepercayaan, memperkukuh kepimpinan dan menerima pembaharuan. Melalui MTC Growth Innovation Programme (MGIP) Khazanah, Jalen menilai semula andaian yang telah lama menjadi pegangan dan memperkemas pendekatannya terhadap pembangunan produk. Sebagai syarikat yang dicalonkan di bawah inisiatif Bumiputera Champion, Jalen turut menerima bimbingan daripada Pengarah Urusan Khazanah, Dato’ Amirul Feisal, bagi membantu syarikat membuat persediaan untuk fasa pertumbuhan seterusnya.
Walaupun merupakan antara pengeluar bahan perasa terkemuka di Malaysia, Jalen memasuki fasa pertumbuhan seterusnya dengan cabaran yang berbeza. Jalen telah mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam menjalankan perniagaan terasnya. Namun, syarikat ini sudah beberapa tahun tidak memperkenalkan produk utama baharu, sedangkan pilihan pengguna terus berubah. Bagi barisan kepimpinan Jalen, persoalannya bukan sekadar bagaimana untuk mengekalkan kepercayaan yang telah dibina sejak beberapa generasi, tetapi juga bagaimana untuk meraih kepercayaan generasi pengguna yang baharu.
Impak Setakat Ini
(setakat awal 2026)
Kakitangan
0
orang pekerja di seluruh Malaysia
Jualan Tahunan
Hasil melebihi RM105 juta pada 2025; Jalen menyasarkan hasil tahunan
0
dalam tempoh dua tahun akan datang
Pembekal
0
pembekal Jalen merupakan syarikat tempatan yang membantu Jalen mendapatkan bahan mentah dan pembungkusan dari dalam dan luar negara

Untuk maklumat lanjut, layari:
www.jalen.com.my
Untuk maklumat lanjut mengenai MTC Growth Innovation Programme